minggu yang lepas sy berkesempatan pergi ke bazar ramadhan...jalan raya jangan la cakap..jem giler..kalau x puasa boleh bawa roti..sapu jem kaya ke..heh3..nak parking kereta jangan lah cakap berapa round pusing baru lah dapat parking..setibanya nya disana semua orang berpusu-pusu membeli makanan yang di hajati masing-masing..sy tengok aduh..pelbagai juadah ada di situ...kepala pening bukan pasal nak pilih juadah tp kpala terus pening tengok orang terlalu ramai..ada orang mabuk laut tapi sy ni mabuk darat ..huhu..
Sy dapati para peniaga dan para pembeli seperti tidak menghiraukan serangan penyakit yang melanda negara kita sekarang ini H1N1.Hanya segelintir sahaja yang sy nampak menggunakan mask itupun boleh di kira dengan jari.memang lah memakai mask bukan perkara yang wajib tapi kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu membendung penyakit ini dari menular.walaupun kita pada ketika itu tidak batuk demam atau selsema tapi kita boleh mengelakkan diri kita dari terkena jangkitan tersebut.
Di awalan penyakit ini menyerang sy tengok semua orang beriya-iya memakai mask tersebut..kalau tengok dari jauh mcm "zorro" pun ada..heh..heh..sampaikan nak dapatkan stock beli mask tersebut pun susah..sold out..
tapi sekarang sy nampak kita seperti 'meredakan' keadaan H1N1 sebab sekarang dah jadi H1Number2..Raya Number 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment