Wednesday, September 30, 2009

maafkan diri ku..

buat kawan ku yang bergelar sahabat...

diri ku sama seperti kawan-kawan disekelilingmu...masing-masing punyai karisma tersendiri..yang boleh di kau menilai nya sendiri..aku tidak tahu apa yang ada istimewa diriku di matamu..

aku adalah aku yang punyai prinsip yang kuat didalam diriku..selepas pengalaman pahit terdahulu yang menimpa diriku..kerana pengalaman lah mengajar ku erti kekuatan diri...yang membawa aku sehingga ke tahap kini..

hadirnya dikau memberi sedikit ruang di hatiku untuk berbicara dan sebagai pengubat luka-luka ku yang terdahulu...wpun kini ku punyai teman..tapi ku mnghormati mu sebagai sahabat baik ku..

terima kasih kerana memahami diriku..meminati diriku....dan menerima baik pandangan ku selama ini..aku hargai...


selagi ada ingatan mu terhadap ku selagi itu ingatan ku ada terhadap mu...sebagai sahabat ...

Monday, September 14, 2009

"Matahati"

Semalam merupakan kenangan yang terindah....didalam hati sanubari sy...Sejak pagi semalam sampai sekarang hati sy sedikit terusik tapi suka....orang kata tidur pun boleh tersenyum..hua hua



kata bidalan dari mata turun ke hati...yang memang sukar untuk saya lupakan...walaupun dimata orang lain tidak menarik(agaknya) tetapi di mata saya...ianya terlalu puitis untuk saya gambarkan..



Ianya nya merupakan "matahati" saya sejak sekian lama...terlalu abadi dalam jiwa saya...



semoga suatu hari "matahati" sy ....

Thursday, September 10, 2009

H1 N2..Raya N1

minggu yang lepas sy berkesempatan pergi ke bazar ramadhan...jalan raya jangan la cakap..jem giler..kalau x puasa boleh bawa roti..sapu jem kaya ke..heh3..nak parking kereta jangan lah cakap berapa round pusing baru lah dapat parking..setibanya nya disana semua orang berpusu-pusu membeli makanan yang di hajati masing-masing..sy tengok aduh..pelbagai juadah ada di situ...kepala pening bukan pasal nak pilih juadah tp kpala terus pening tengok orang terlalu ramai..ada orang mabuk laut tapi sy ni mabuk darat ..huhu..

Sy dapati para peniaga dan para pembeli seperti tidak menghiraukan serangan penyakit yang melanda negara kita sekarang ini H1N1.Hanya segelintir sahaja yang sy nampak menggunakan mask itupun boleh di kira dengan jari.memang lah memakai mask bukan perkara yang wajib tapi kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu membendung penyakit ini dari menular.walaupun kita pada ketika itu tidak batuk demam atau selsema tapi kita boleh mengelakkan diri kita dari terkena jangkitan tersebut.

Di awalan penyakit ini menyerang sy tengok semua orang beriya-iya memakai mask tersebut..kalau tengok dari jauh mcm "zorro" pun ada..heh..heh..sampaikan nak dapatkan stock beli mask tersebut pun susah..sold out..

tapi sekarang sy nampak kita seperti 'meredakan' keadaan H1N1 sebab sekarang dah jadi H1Number2..Raya Number 1

Sunday, September 6, 2009

kenangan "dacing" ,"bulan" dan roket

sebut politik aku memang kurang arif..atau paling tepat memang tau tp malas nak amek tau..dalam family aku tak semua yang sokong pas atau sokong umno..wpun emak ayah dan segelintir adik beradik ku aktif umno..

teringat aku di zaman kanak2 aku dulu..datuk aku kata "atok tak tau nak baca tp atok reti bila tiba time undi ..atok nampak "dacing" atok pangkah"..nenek aku lak cakap jangan pangkah "roket"..aku yang berumur 6 tahun ketika itu yang masih belum faham pun tanya la kat nenek aku..apa tu "dacing" dan apa tu "roket"..yang aku tau dahulu bila timbang barang nenek aku mengunakan "dacing" ketika itu..sejenis alatan lama yang lambangnya sama sepeti logo umno..dgn selamba nenek aku kata.."dacing" tu mcm "dacing" nenek ni hah..mesti balance baru betul ..x senget..aku pun tanya "roket" apa pulak...nenek aku kata..kalau pangkah "roket" nanti naik ke "bulan"...ha ha ha...

cerita pasal "bulan" kdg2 aku tersenyum pulak sbb "bulan"nenek aku dah turun ke bumi menjadi pas...


aku mempunyai kawan2 yang ramai dalam politik..bg aku ..aku memerlukan pemerintah yang adil ,ikhlas,telus dalam memperjuangkan bangsa negara dan agama...

sehingga kini "dacing" barangan alatan timbang nenek aku aku masih simpan..tp x dapat semua hanya tinggal alat pemberatnya sahaja sebab kayu,dacing dan alatan tengahnya sudah hilang di telan zaman..

kpd nenek atok aku...al-fatihah..

Saturday, September 5, 2009

insan kesayangan ku...

hari ini dan semenjak minggu lepas hati ku merindui "seseorang"....yang paling bermakna di dalam kehidupan ku...walaupun amarah tetap ada tapi aku tidak boleh menghalangi ianya sentiasa datang di lubuk hati ku...persis ombak dan pantai...huhu bermadah le pulak aku..

nasib baik aku ada seorang kawan yang aku paling sayang dan aku percayai..untuk aku meluahkan isi hati ku...dan kebetulan kawan aku pun mempunyai masalah yang sama seperti aku...

bila ku rindu ku sentiasa pejamkan mata ku..dan aku pecaya apa yang terdetik di hati ku...akan terdetik juga di hatinya..walaupun sekelumit cuma...

sebab bagi ku.. hati dan perasaan.. tidak akn berkubur..selagi nyawa di kandung badan..selagi tu ku tetap mengingati dan masih menyayangi walaupun kasih sayang ku itu nanti bagaikan di tiup angin....tapi ku tetap menjadi pencinta yang setia.......